Wednesday, October 29, 2008

Keluarga miskin Hulu Tembeling dibela


WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK (kanan) ditemani Ketua Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah meninjau sebuah rumah keluarga miskin yang rosak dan uzur di Kampung Pagi, Jerantut, semalam.

JERANTUT 28 Okt. - Nasib 120 keluarga miskin di Hulu Tembeling dekat sini bakal terbela apabila projek Ladang Sejahtera Rakyat (LSR) yang berorientasikan pertanian, penternakan dan pelancongan akan dilaksanakan kerajaan negeri tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, selain berorientasikan ketiga-tiga komponen sumber ekonomi tersebut, projek itu juga bakal menjana sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan terbabit.

Beliau berkata, konsep LSR ini akan menjadi pemangkin pembangunan meliputi kampung tradisional di persisiran Sungai Tembeling dan kawasan-kawasan penempatan yang mundur, terpencil dan terbiar di Hulu Tembeling.

''Pembangunan di bawah projek itu nanti akan merangkumi kemudahan asas, pembangunan ekonomi melalui ladang komersial dan sampingan seperti tanaman kontan, ternakan dan perikanan," katanya ketika ditemui di Kampung Pagi di sini hari ini.

Menurut beliau, projek terbabit akan turut memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan melalui penyusunan semula kampung tradisional di Hulu Tembeling dengan dilengkapi kemudahan asas selain kursus dan latihan kemahiran kepada penduduk.

Bagi mencapai matlamat berkenaan katanya, Felcra diberi tanggungjawab memajukan kawasan seluas 1,500 hektar yang meliputi projek tanaman kelapa sawit bagi fasa pertama yang akan memberi pulangan saham dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Projek tersebut jelas Wan Amizan, akan diselenggarakan secara berperingkat-peringkat oleh Felcra berikutan usaha kerajaan negeri ke arah menangani masalah kemiskinan sifar di kawasan itu.

''Kita juga akan memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada golongan belia yang telah berkeluarga untuk bergiat aktif dalam sektor pelancongan memandangkan kampung mereka berdekatan dengan Taman Negara Kuala Tahan," katanya.

Wan Amizan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha membantu penduduk miskin membaik pulih rumah mereka yang rosak dan uzur secara berperingkat-peringkat.

''Kita menerima banyak aduan daripada ketua kampung mengenai rumah rosak, uzur dan atap bocor di pedalaman Hulu Tembeling dan kita memandang serius masalah ini serta berharap bantuan dapat diberikan secepat mungkin," katanya.

Tambah beliau, Pejabat Daerah Jerantut sedang menyemak laporan ketua-ketua kampung untuk membantu keluarga miskin yang layak memiliki rumah di bawah projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat pada tahun ini.


Sumber berita & gambar : utusan online 28/10/08 (www.utusan.com.my)

Monday, October 27, 2008

Nasib 120 keluarga miskin dibela

JERANTUT 27 Okt. – Nasib 120 keluarga miskin di Hulu Tembeling dekat sini bakal terbela apabila projek ‘Ladang Sejahtera Rakyat’ (LSR) yang berorientasikan pertanian, penternakan dan pelancongan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, selain berorientasikan ketiga-tiga komponen sumber ekonomi tersebut, projek itu juga bakal menjana sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan terbabit.

‘‘Konsep LSR ini akan menjadi pemangkin pembangunan meliputi kampung tradisional di persisiran Sungai Tembeling dan kawasan-kawasan penempatan yang mundur, terpencil dan terbiar di Hulu Tembeling.

‘‘Pembangunan di bawah projek itu nanti akan merangkumi kemudahan asas, pembangunan ekonomi melalui ladang komersial dan sampingan seperti tanaman kontan, ternakan dan perikanan,” katanya ketika ditemui di Kampung Pagi di sini hari ini.

Menurut beliau, projek terbabit akan turut memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan melalui penyusunan semula kampung tradisional di Hulu Tembeling dengan dilengkapi kemudahan asas selain kursus dan latihan kemahiran untuk para penduduk.

Bagi mencapai matlamat berkenaan, katanya, Felcra diberi tanggungjawab memajukan kawasan seluas 1,500 hektar iaitu fasa pertama tanaman kelapa sawit yang akan memberi manfaat pulangan saham dan menjana sektor tenaga kerja penduduk tempatan.

Fasa memajukan tanah untuk projek kelapa sawit, jelas Wan Amizan, akan diselenggarakan secara berperingkat oleh Felcra berikutan usaha kerajaan negeri ke arah menangani masalah kemiskinan sifar di kawasan itu.

‘‘Kita juga akan memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada golongan belia yang sudah berkeluarga untuk bergiat aktif dalam sektor pelancongan memandangkan kampung mereka berdekatan dengan Taman Negara Kuala Tahan,” katanya.

Wan Amizan yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut berkata, dalam masa sama, kerajaan negeri akan berusaha membantu penduduk miskin membaik pulih rumah mereka yang rosak dan uzur menerusi peruntukan yang disediakan secara berperingkat.


Sumber : Utusan Online 28/10/08 (www.utusan.com.my)

Wednesday, October 22, 2008

RM120j majukan DUN Tahan

KAMPUNG LABU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Unit Perancang Ekonomi (EPU) diperuntukkan hampir RM120 juta untuk melaksanakan projek pembinaan jalan baru, menaik taraf jalan dan membaiki lima jambatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, pelaksanaan projek berkenaan adalah bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk dan pengguna yang menghadapi kesukaran pada setiap kali musim banjir.

Menurutnya, daripada jumlah itu, peruntukan RM100 juta akan digunakan bagi pembinaan jalan dari kampung Tuit ke Kampung Pagi, sejauh 28 kilometer jalan darat dan merentasi tujuh jeram sekiranya menggunakan laluan air.

“Peruntukan pembinaan jalan berkenaan membabitkan kos RM80 juta, manakala lagi RM20 juta untuk kos pengurusan.

“Gerak kerja pembinaan jalan itu akan dilakukan secepat mungkin selepas tender dibuka dan pemilihan kontraktor dilakukan,” katanya ketika sidang media merasmikan Program Kembara Berakit Lembah Tembeling dari Kampung Labu ke Pulau Tawar, di sini baru-baru ini.

Wan Amizan berkata, RM11 juta pula akan diperuntukkan bagi membina dan menaik taraf lima jambatan bagi mengatasi gangguan perhubungan jalan raya khasnya ketika musim banjir.

Menurutnya, antara jambatan terlibat ialah di Sungai Garok, Sungai Oak, Sungai Puai, Sungai Selimbar dan Sungai Kerak akan terbabit dalam projek ini menerusi Program Infrastruktur Banjir 2007.

“Baik pulih jambatan baru yang terlibat akan dibina lebih tinggi daripada aras sungai, supaya mampu mengatasi masalah ditenggelami air pada setiap kali banjir, sekali gus mengelakkannya daripada menghalang laluan ke Kuala Tembeling dan Taman Negara Kuala Tahan.

“Projek yang akan dilaksanakan ini ialah menerusi kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), yang turut memperuntukkan RM6 juta bagi membaik pulih jalan runtuh menghala ke Kuala Tahan, pada Disember 2007 lalu,” katanya.

Beliau berkata, baik pulih jalan itu dilakukan segera bagi membolehkan keselesaan pengguna dan meningkatkan sektor pelancongan ke kawasan itu.

Menurutnya, baik pulih jalan yang dilakukan itu juga menjana ekonomi penduduk setempat kepada industri pelancongan yang terdapat di kawasan itu.


Sumber : Sinar Harian Online 22/10/08 (www.sinarharian.com.my)

izzi note :
Penulis bersetuju dengan penyaluran segera wang peruntukan tersebut untuk pembangunan penduduk setempat. Namun kerajaan harus sedar bahawa pembangunan dengan mewujudkan jalan baru terus ke kuala tahaun sekarang telah menyebabkan penduduk melayu di tepi-tepi sungai pahang sekarang terus mundur. Di kampung Labu sendiri, mengikut pemerhatian penulis yang berkunjung ke sana 2 bulan yang lepas mendapati kawasan lot kedai, dewan orang ramai dan surau di tepi jeti lama terbiar. Pelancong asing dan tempatan mungkin tidak sedar wujud petempatan di tepi-tepi sungai berikutan wujudnya jalan baru yang menjadikan jalan lama hanya digunakan oleh penduduk tempatan.

Kerajaan juga di saran membina pusat sehenti di kawasan jalan ke Taman Negara Kuala Tahan bagi kemudahan penduduk setempat menjalankan perniagaan kraf atau memasarkan hasil tanaman. Buah-buahan hasil penduduk setempat seperti buah pulasan, tembikai dan jagung adalah sangat segar dan manis dan sesuai dimajukan sebagai produk untuk dipasarkan kepada pelancong dan penduduk sekitar. Dengan cara ini taraf hidup penduduk juga akan bertambah baik. Kerajaan perlu sedar bahawa Taman Negara adalah salah satu produk pelancongan utama di Jerantut, dan bukan satu-satunya produk pelancongan yang wujud.

Monday, October 20, 2008

A pro-life place By JUNGLE BUM

Sungai Tahan has fish a-plenty - thanks to an eight-year ban on fishing which has increased the fish population.

Many years ago, when our country was mainly covered in thick, almost impenetrable jungle, the colonial Brits gazetted a huge expanse of forest deep in the bowels of Pahang into a national park. They called it King George V National Park. Nowadays, we fondly refer to it as Taman Negara.

It certainly was a visionary decision. Few would have envisaged that our jungles would eventually be ravaged in the name of development to the point that many species of flora and fauna are driven to extinction. Taman Negara now serves as a sanctuary for these same flora and fauna, ensuring that future generations can appreciate our rich diversity of wildlife.

The story was not quite the same for the wild fish in Taman Negara’s rivers. For years, fishermen could angle for the likes of kelah, tengas, sebarau and toman with just a RM10 licence. Catch-and-release fishing was unheard of then.


Boats to take anglers upstream

Some time in 2000, the administrators of Taman Negara decided to close one of the rivers - Sungai Tahan - to any kind of fishing. The fish populations thrived, both in terms of size and quantity. Later, the Kelah Sanctuary was created to properly manage the fish. Special fish wardens were appointed to protect the fish, and certain pools like Lubuk Tenor were turned into fish feeding areas, enhancing eco-tourism whilst burgeoning the fish population.

Recently, parts of Sungai Tahan were re-opened for sportfishing, but with a difference - catch-and-release is the only order of the day here, and you can only fish the river under the supervision of Golden Mahseer Sdn Bhd, the operator appointed by Taman Negara.

Golden Mahseer - the common name for ikan kelah - was established by a group of Kuala Tahan locals led by an Encik Roslan, an affable man in tune with the ecological issues of the river.


The water is so clear, you will probably see your catch swimming up to the lure.

He and his able fish wardens and fishing guides have been operating the Kelah Sanctuary for several months now, and the results of their activities have elicited great interest from visiting tourists.

Last September, a group of us anglers from Kuala Lumpur decided to see what Sungai Tahan had in store in terms of sportfishing.

The prospects were exciting enough. Kelah, sebarau, tapah, toman, even toman bunga, were realistic targets for the angler. Roslan himself had landed and released a 9.7kg kelah and a monstrous 37kg tapah.

It took us just three hours to drive to Kuala Tahan, the basecamp of Taman Negara. Roslan and his team were there to receive us. Minutes later, we were taken by longboat to the Kelah Sanctuary floating house. A briefing on the sanctuary was followed by a half-hour boat ride to Lubuk Tenor, our temporary home for the trip.

The Tenor camp was well-appointed. There’s a lodge and dining area plus interpretive section, running water tapped from a small, clear stream, camping and bathroom facilities. From the big platform above the pool, one can watch the hundreds of ikan kerai, lampam and kelah rising to catch food pellets thrown by visitors.

We stashed our gear in the allotted tents and promptly took to the boats again. Just below Lubuk Tenor is Lubuk Nohong. There, at this short run above the big pool, Tan Jiin Sheng, our youngest member, hooked and landed a 3kg kelah, his first ever. He was grinning from ear to ear after that!

At the pool proper, I had one of the biggest “smashes” of my fishing life. A big tapah had taken my spoon lure and proceeded to swim upstream, no matter what I did to halt it. My rod was bent down into the water and across the keel of the wooden longboat. There was nothing I could do. Minutes later, my heart sank as the 14lb line broke.


A red mahseer landed on a silver spoon lure.

It seemed like this stretch of lower Sungai Tahan had fish a-plenty, and big ones at that. It was obvious that the eight-year ban on fishing had positive effects. Almost all of us landed specimen fish, from kelah and 2kg sebarau, to 4kg toman and 3kg toman bunga (called jalai in these parts). The only sore absence was the mighty tapah.

The second and last day brought even greater surprises. A giant kelah of over 9kg took a silver spoon cast by Foo Weng Keong. After a colossal fight that broke his rod, the monster was landed. Hours later, another feat was achieved: Monty Ming landed a 4kg sebarau - something to write home about!

Not only did we catch big fish, we had lines broken by even bigger ones. Most notable was that big tapah, something that will haunt me for months. Even the 3.5kg kelah and 1.5kg sebarau did not remedy the affliction, for I knew that I would have to come back for my revenge!

Roslan asked me how big I thought that naughty tapah was.

“Probably between 3kg and 30kg. Who knows? But I’ll tell you its true weight when I come back for the next trip!” I said.

Getting there
From Kuala Lumpur, take the Kuantan Highway, turn off towards Jerantut (there’s signage for Taman Negara). At Jerantut, there are ample signs to guide you to the Park. Total driving time is about three hours.

You will first need to book your trip with Golden Mahseer Sdn Bhd. Early booking is advisable. Call Roslan at 012-483 2006.

The fishing costs between RM150 and RM300 per day per person, depending on how far upstream you are going. Camping and fishing licence cost extra.


Source of news & pictures : the star online Saturday October 18, 2008 (www.thestar.com.my)

Friday, October 17, 2008

Air Terjun Lata Meraung

Sebut sahaja Jerantut, ramai akan terbayangkan Taman Negara. Sebenarnya selain Taman Negara, banyak lagi lokasi menarik di Jerantut yang harus dijengah kalau berkunjung ke sana. Salah satu yang menarik ialah Air Terjun Lata Meraung.


Gambar : Ehsan www.jerantut.com

Lata Meraung merujuk kepada kawasan air terjun yang menarik berhampiran Bandar Jerantut. Perkataan 'Lata' adalah merujuk kepada kawasan air terjun, manakala perkataan 'Meraung' diberi nama kepada kawasan air terjun tersebut kerana deruan air yang jatuh ke permukaan kolam seolah-oleh bunyi orang sedang meraung.

Pada suatu masa dahulu,kawasan tersebut hanya didiami oleh Orang-orang Asli, seiring dengan perubahan dan dengan adanya kemudahan jalan raya dan kemudahan asas yang lebih baik, lebih ramai penduduk mula mendirikan petempatan dipinggir-pinggir jalan menghala ke Lata Meraung. Malah wujud pekan mini komuniti cina di laluan menghala ke kawasan air terjun.

Bagi pengunjung yang berminat ke Lata Meraung, mereka bolehlah menggunakan khidmat pemandu pelancong yang terdapat di Bandar Jerantut memandangkan tiada kemudahan bas awam atau teksi yang sering berulang alik ke kawasan tersebut.

Pelancong yang lebih suka berjalan kaki juga adalah tidak digalakkan memandangkan jaraknya yang sangat jauh daripada laluan bas awam dan kewujudan lori balak-lori balak yang menjadi maharaja di laluan tersebut.Bagi pelancong yang berkereta, tiada masalah untuk mengunjungi kawasan tersebut memandangkan telah wujud sistem jalan raya yang agak baik. Ini berikutan adanya petempatan, dan wujudnya sebuah padang golf berhampiran Lata Meraung.

Jarak dari Bandar Jerantut ke Lata Meraung adalah lebih kurang 15 KM. Dari Bandar Jerantut, pengunjung harus meneruskan perjalanan melalui jalan besar Jerantut-Benta. Selepas melalui selekoh kawasan perkuburan cina (disebelah kanan jalan), terdapat satu simpang disebelah kiri.

Gambar 'signboard' ke Lata Meraung. Ehsan www.waterfallsofmalaysia.com

Jika anda telah melalui Pusat Serenti Jerantut bermakna anda telah terlepas selekoh tersebut. Sebaiknya, semasa melalui kawasan perkuburan cina, sila perlahankan kenderaan dan segera mengambil membelok ke kiri sebelum sampai ke pusat serenti yang terletak diselah kanan jalan berhampiran simpang tiga menghala ke Lata Meraung tersebut. Anda tidak perlu khuatir tersesat memandangkan terdapat banyak 'signboard' menunjukkan arah ke Lata Meraung dan padang golf Lembah Kiol. Jika tersesat jangan malu bertanya dengan penduduk disitu yang rata-rata sangat ramah.

Jalan lupa membawa pakaian untuk mandi di situ kerana godaan untuk merasai kesejukan air terjun tersebut pasti tidak boleh ditolak oleh sesiapa sahaja. terdapat beberapa peringkat air terjun disini, bagi pengunjung yang datang berkeluarga mereka boleh memilih untuk mandi manda bersama anak-anak di kolam paling bawah memandangkan ia lebih selamat. Namun, awasi keluarga anda kerana kawasannya yang berbatu dan agak licin. Sesetengah kawasan adalah agak dalam dan anda diminta berhati-hati.

Bagi mengunjung yang sukakan aktiviti lasak atau santai mereka boleh berjalan-jalan disekitar trek hutan yang disediakan. Bagi mereka yang suka berkhemah, sebuah kawasan perkhemahan juga turut terdapat disitu. Namun, dapatkan kebenaran daripada pihak berkaitan terlebih dahulu. bagi penulis yang pernah beberapa kali pernah berkhemah disitu, suasana malam adalah sangat menyegarkan. Bunyi alam dan hidupan hutan adalah sangat menenangkan. Namun, pengalaman mandi diawal pagi dan malam disana sangat menyejukkan hingga membuatkan gigi atas dan bawah berlaga tanpa henti.


Gambar trek hutan di Lata Meraung. Ehsan www.waterfallsofmalaysia.com

Jadi, Siggahlah di Jerantut untuk mandi-manda di Lata Meraung. Anda pasti mengkagumi ciptaan Allah yang cantik ini.


Sekalung Terima Kasih :
www.waterfallsofmalaysia.com
www.jerantut.com