tag:blogger.com,1999:blog-49999370374924032722024-03-13T06:15:45.083-07:00seputar jerantutizmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comBlogger38125tag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-15136368475524402011-08-14T21:06:00.001-07:002011-08-14T21:18:18.625-07:00Ramadhan Di Jerantutingat hati nak balik berpuasa dengan keluarga di Batu Balai minggu lepas, tapi urusan mendesak banyak sangat. entahlah, kalau dapat hujung ramadhan nanti dapatlah berpuasa di kampung.
even di klang ni macam2 ada, tapi suasananya tak sama macam dikampung. juadah berbuka juga lain. ye lah, aku tekak campuran pahang dan pantai timur, manakan daya hari2 makan makanan jawa. pusing2 bazar ramadhan, teringat kemeriahan bazar ramadhan di jerantut. rindu nak makan murtabak saufi batu balai. even agak mahal, tapi memang berbaloi beli dan makan. murtabak kat area sini bukan takde, melambak dan murah gile dalam rm2.00 ke rm3.00 sebiji, tapi setakat makan kobis dan ubi kentang je la.
kuih2 pulak aku paling suka agar-agar, dapat yg plain pun cukup. tapi kalau dapat puding lagi best. terbayang kuih biji nangka, buah melaka, puteri mandi. pergh.... sedapny!
kalau lauk pauk tu aku akan cari ikan atau ayam percik. sini ikan atau ayam percik memang ada, tapi pelik sikit.... warna merah. biasanya aku suka yang kuah perciknya putih. yummy!
rindu jugak dengan masakan mak aku. kuih telur, kurma goreng celur tepung yang mak aku masak tak pernah aku dapat sesedap itu. kurma goreng tepung tu memang tak pernah ada la kat bazar ramadhan, malah ramai kawan2 aku ygpelik bila aku cakap aku suka makan kurma goreng.
oklah, cerita banyak pasal makan ni buat air liur aku kecur je. even dah berbelas tahun aku di luar jerantut, tapi jerantut tetap dihati. izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-13181817394457288292011-01-04T03:50:00.000-08:002011-01-04T04:13:30.123-08:00Burger Tandasbunyi macam benda kotor dan memang geli geleman nak makan, tapi sebenarnya burger tandas adalah antara burger yang paling sedap yang pernah aku makan. dan aku makan sampai sekarang jika balik kampung ke jerantut, pahang.
sempena kakak aku kahwin 25/12/2010 baru2 ni, aku balik kampung di batu balai, jerantut membantu ayah melancarkan majlis. dikeluangan masa, aku bawa keluarga aku ke bandar jerantut utk beli sedikit kelengkapan rumah dan sekolah anak aku yang ada sedikit yg belum sempat dibeli. beli kat jerantut ni jauh benar murahnya. ada pasaraya tf, ada pasarayaku, ada pasaraya aktif, big ten dan pelbagai kedai yang jauh lebih murah dan berkualiti dari barangan sama di selangor.
jerantut, even terperuk dipedalaman dan lebih dikenali seluruh dunia kerana hutan banat, ianya suatu tempat yang istimewa. ye lah, orang luar kenal jerantut sebagai kawasan hutan rimba taman negara, aku mengenalinya sebagai tempat yang damai.
cukup pasal hutan rimba tu. aku nak cerita pasal burger tandas.
burger tandas ni aku gelarkan untuk burger yang dijual oleh pakcik sulong. aku makan burger pakcik sulong ni sejak aku zaman sekolah lagi. dah berpuluh tahun dah, pakcik sulong ni meniaga burger di bandar jerantut. masa dulu gerai burger dia betul2 sebelah tandas awam ditepi stesen bas jerantut. kalau aku keluar bandar (aku duduk kampung), atau aku keluar bandar hari sabtu dari hostel di sekolah menengah padang saujana, aku akan lepak makan burger dia.
masa dulu, burger dia murah dan sedap. kfc mana ada lagi masa tu. dengan harga rm1.00 masa dulu, kenyang sampai ke petang. dulu2, manalah ada duit banyak (sekarangpun masih takde duit banyak). so, sambil2 keluar bandar tu aku dan kawan2 makan burger daging kat gerai pakcik sulong. lagi best, aku order masa nak masuk tandas. lepak jab dalam tandas sambil betulkan pakaian dan rambut sebab nak pergi dating. keluar tandas, biasanya burger dah siap. teror bangat pakcik sulong ni.
dan selepas lebih 15 tahun (atau lebih), aku masih menyukai burger tandas pakcik sulong. beliau kini dah tak buat gerai ditepi tandas lagi. sebab? tandas tu dah dirobohkan dan kini dah jadi kedai repair tivi. pakcik sulong buka gerai di gerai majlis daerah jerantut (mdj)berhadapan jalan masuk ke stesen bas jerantut. ala, dalam 50 meter dari tapak gerai burger dia dulu.
anak2 akupun aku belikan burger tandas tu. kami makan ramai2 dalam kereta. even, anak awal2 dah mintak burger kfc, tapi bila makan burger tandas, mereka turut menyukainya. burger daging ramly, yang dicelup telur memang sedap. even rasa garing diluar, rasa kelembutan daging didalamnya masih terasa.
PELAWAT menaiki rakit buluh di Sungai Tembeling dan meredah Jeram Panjang ketika bercuti di inap desa Kampung Pagi, Jerantut.
JERANTUT 25 Nov. - Orang ramai yang mengunjungi Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini berpeluang menikmati pelbagai corak kehidupan masyarakat Melayu pedalaman Pahang yang kaya dengan adat resam yang jarang ditemui di tempat lain.
Kehidupan harian penduduk yang kebanyakannya menjalankan aktiviti menangkap ikan Sungai Tembeling, menoreh getah, mencari umbut, kayu gaharu, madu lebah, buah kepayang, membuat perahu dan sumber hutan lain antara keunikan yang boleh ditemui apabila singgah di kampung berkenaan.
Legasi kehidupan sejak turun-temurun berasaskan aktiviti menangkap ikan di Sungai Tembeling memberi peluang kepada pelancong menikmati sajian makanan berasaskan ikan air tawar berkenaan.
Malah, pelawat juga dibawa memancing dan menjala ikan Sungai Tembeling sekali gus dapat mengenali spesies ikan kelah, ikan jelawat, ikan lawang, ikan patin, ikan baung dan ikan belida.
Pelawat juga berpeluang menikmati hidangan istimewa masakan tradisional Melayu Pahang berasaskan asam rom getah, rom perah dan asam hitam (belimbing) yang dicampur dengan ikan sungai segar.
Malah ikan berkenaan juga disalai secara tradisional untuk dibuat masak lemak cili padi selain dijadikan pais asam tempoyak dimakan bersama masakan lemak umbut bayas dan asam rom perah.
Untuk sampai ke Kampung Pagi, pelawat boleh menaiki bot penambang dengan kadar tambang pakej bernilai RM250 memudiki Sungai Tembeling yang mengambil masa selama 45 minit.
Pelawat juga boleh menggunakan jalan darat bermula dari Kampung Tuit, Kuala Tahan dekat sini dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda selama satu setengah jam untuk tiba ke Kampung Pagi.
Menurut Pengerusi Inap Desa Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah, kampung itu memang sering dilawati pelancong domestik dan asing yang singgah di Taman Negara.
''Kampung Pagi menjadi destinasi kedua pelawat untuk menyelami kehidupan orang Melayu Pahang yang tinggal di pedalaman negeri ini.
''Kita memberi peluang pelawat tinggal bersama penduduk di sini dan merasai sendiri kehidupan harian masyarakat di samping menikmati makanan berasaskan ikan sungai dan herba," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Mi Hamidi berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) memperuntukkan sebanyak RM180,000 untuk pembinaan dua rumah penginapan pelancong di Kampung Pagi dalam usaha menjadikannya destinasi pelancongan baru berasaskan ekopelancongan.
''Projek yang siap dua tahun lalu telah beroperasi untuk penginapan pelawat merupakan perintis program pelancongan inap desa di Hulu Tembeling," katanya.
Katanya, rumah berbentuk binaan tradisional Melayu Pahang dibahagikan kepada dua bilik untuk lelaki dan wanita yang dilengkapi katil, tandas, ruang tamu dan beranda yang mampu menempatkan 40 orang dalam satu-satu masa.
''Kemudahan ini merangsang pembabitan aktif penduduk khususnya belia di sini menyelenggara projek inap desa dan memperkenalkan perkampungan Melayu Hulu Tembeling di kalangan pelawat luar," katanya.
Mi Hamidi berkata, pelawat juga berpeluang melakukan kegiatan pengembaraan hutan, berakit buluh di Sungai Tembeling, berkelah dan memancing ikan kelah di Hutan Lipur Pengau, menyusuri Jeram Panjang dan memancing di Kuala Kenyam.
Sementara itu, Ketua Kampung Pagi, Zakaria Ramly berkata, projek inap desa tersebut memacu sektor pelancongan di kampung tersebut sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk menerusi program riadah dan rekreasi.
''Selain menginap di calet berkenaan, pelawat juga mempunyai pilihan sama ada ingin tinggal bersama 60 keluarga angkat di kampung ini," katanya.
Menurutnya, kedudukan Kampung Pagi yang berdekatan dengan Taman Negara memberi peluang pekerjaan kepada penduduk dalam sektor pelancongan.
Bagi pelawat yang ingin singgah dan bersantai di Kampung Pagi, boleh menghubungi Mi Hamidi menerusi talian 017-9632314 dan Zakaria di talian 014-2926554.
Sumber Berita & Gambar : Utusan Online 26/11/2010 www.utusan.comizmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-39301763452256107672009-10-20T23:12:00.000-07:002009-10-20T23:13:04.291-07:00Kuala Tahan pengeluar nangka maduOleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
JERANTUT 20 Okt. - Kuala Tahan dekat sini bakal menjadi pengeluar nangka madu utama di Pahang apabila tanah terbiar seluas 50 hektar di tiga kampung di kawasan itu dimajukan dengan tanaman tersebut.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pahang Tengah, Zaharudin Said berkata, projek tanaman itu akan dilaksanakan oleh PPK Tembeling menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, nangka madu yang bakal diusahakan iaitu daripada klon CJ-USM 2000 (Mastura), CJ3 dan CJ6 ditanam di tanah milik ahli PPK di Kampung Gol, Kampung Padang dan Kampung Lubuk Payung.
''Projek ini menjadi pemangkin kepada pengeluaran makanan komersial di Tembeling dan akan merancakkan sektor pelancongan berasaskan pertanian di Taman Negara," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen kepada ahli PPK Tembeling di Kuala Tahan semalam.
Menurut beliau, pihaknya menyasarkan tempoh selama dua tahun untuk mengutip hasil memandangkan tanah terbiar itu amat sesuai dengan tanaman nangka madu.
Tanaman nangka madu, katanya, berpotensi dimajukan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Jelas beliau, projek berkenaan akan diusahakan sendiri oleh petani manakala PPK Tembeling dengan bantuan kepakaran luar akan memberi bimbingan dari segi pengurusan dan pasaran.
Zaharudin berkata, peserta projek itu juga akan mengadakan perjanjian perladangan kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk tujuan pasaran.
''Kita juga membenarkan petani memasarkan sendiri nangka madu di kawasan berdekatan Taman Negara untuk memperkenalkan buah ini kepada pelancong yang singgah di sini," katanya.
Tambah beliau, tanaman nangka madu dilihat mampu meningkatkan pendapatan petani selagi mereka bersungguh-sungguh mengusahakannya.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah PPK Tembeling, Shahril Daud berkata, projek nangka madu itu dilihat mampu melahirkan lebih ramai usahawan tani di kawasan Tembeling.
''Projek nangka madu merupakan percubaan awal melahirkan usahawan tani terutama di kalangan belia di sini," katanya.
Beliau menambah, penggunaan tanah terbiar secara optimum di samping perubahan sikap petani untuk meneroka pertanian komersial itu dapat mengubah taraf hidup mereka sekali gus menjadikan Tembeling sebagai kawasan pertumbuhan baru berasaskan pertanian dan pelancongan.
KEROSAKAN utama pada bahagian bumbung ini terjadi pada kebanyakan rumah mangsa ribut hujan batu di Kampung Kekura, Jerantut, kelmarin.
JERANTUT 30 Sept. - Orang ramai diminta tidak panik dengan fenomena hujan air batu yang melanda beberapa kampung di daerah ini kelmarin.
Pengarah Jabatan Meteorologi negeri, Md. Kamsan Hamdan menjelaskan, hujan lebat dan ribut petir disertai air batu itu fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.
Beliau berkata, pada peralihan itu, monsun Barat Daya yang berlaku pada September sehingga awal November akan beralih kepada Monsun Timur Laut.
"Monsun peralihan ini akan menyebabkan berlakunya hujan lebat dan ribut petir di sebelah petang yang agak kerap dan disertai angin yang datang dari pelbagai arah pada kelajuan lima hingga 10 knot atau 10 hingga 20 kilometer sejam.
"Ribut petir pula disebabkan berlakunya hujan perolakan yang datangnya dari awan komulus nimbus yang di dalamnya terkandung hujan berkeadaan beku.
"Apabila berada di kedudukan tinggi pada suhu tertentu, ia akan jatuh ke bumi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas mengenai kejadian hujan air batu sebesar penumbuk orang dewasa di beberapa kawasan di daerah ini sehingga merosakkan kira-kira 40 rumah di lima kampung, kelmarin.
Mengulas lanjut, Md. Kamsan menjelaskan, fenomena itu berlaku mungkin disebabkan suhu di udara menyamai suhu kristal ais tersebut menyebabkan ia tidak mencair dan tidak menjadi rintik hujan normal.
Kristal ais, jelasnya, sebenarnya rintik hujan namun ia tidak sempat mencair di udara terutama ketika hujan lebat dan ribut petir.
Tambah beliau, pihaknya meramalkan fenomena hujan lebat berserta ribut petir akan terus berlaku di kawasan pedalaman itu sehingga awal November ini.
"Ribut petir biasanya berlaku di pedalaman Pantai Barat Semenanjung dan agak kurang di Pantai Timur," katanya.
Menurutnya, penduduk di negeri ini perlu bersedia menghadapi peralihan monsun ini kerana fenomena hujan lebat dan ribut petir itu hanya berakhir selepas November ini.
Sumber Berita & Gambar : Utusan Online 01/10/2009 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-40922376994662858902009-09-01T01:36:00.000-07:002009-09-01T02:02:24.326-07:00Murtabak Saufibulan2 puasa ni, terasa rindu pulak dengan suasana berbuka di kampung. apatah lagi dapat berbuka dengan murtabak saufi yang cukup terkenal di bandar jerantut. legasi murtabak saufi ni dah lama, dari aku kecik2 lagi. rumah tokey dia ni iaitu saufi yang lebih sofi di kalangan orang kampung aku di batu balai. rumah dia dan rumah aku lebih kurang 1.5 km. masa aku kecik2 dulu, hari sabtu dan ahad, pagi2 lagi aku akan ke kedai makan dia, nak beli roti canai. memang laku, lambat sikit memang sakit ati la sebab balik kosong. murtabak ni, paling famous amos dia buat pada bulan puasa. tapi sekarang ni, murtabak saufi ni dah dijual setiap kali pasar malam bandar jerantut.
di pasar malam jerantut ni, legasi murtabak dia ni diuruskan oleh anak2 saufi. kesedapan dia masih sama. may be sebab resepi turun temurun. even ramai penjual murtabak di pasar malam atau bazar ramahdan,murtabak saufi tetap jadi pilihan. beratur orang menunggu. even harga rm4.00 sekeping, tapi orang tetap ramai. paling aku suka makan murtabak saufi ini ialah ketebalan murtabak itu sendiri. isinya memang terasa sedap, bukan takat ada isi je. daging atau ayam memang banyak, dan ini menambah kesedapan murtabak dia.
Alhamdulillah, aku dah sempat makan murtabak dia pada bulan puasa ni. pakcik aku dari kampung bawak 6 biji. kebetulan pakcik aku ni nak datang rumah anak menantu dia yg tak jauh dari rumah aku. dia telefon aku pegi makan murtabak. aku makan sikit je lah sebab dah dicampur bawang. aku mana makan bawang. kalau aku beli sendiri, aku dah siap pesan jangan taruk bawang.
so, sapa2 singgah jerantut tu dan berkesempatan ke bazar ramahdan atau pasar malam, cuba2lah rasa MURTABAK SAUFI. tak de signboard, tanya je orang kat situ, majoriti akan tau punya.
IZZI ADVERTIZING----------------------------------------
izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-6275330197103749892009-08-22T00:07:00.001-07:002009-08-22T00:10:01.617-07:00Sukarnya memburu kelahOleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
Pemburu ikan kelah terpaksa berkhemah untuk menangkap ikan air tawar di lubuk Sungai Pengau, Hulu Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.
JERANTUT 21 Ogos - Menangkap ikan air tawar sebenarnya tidak semudah yang disangkakan apatah lagi ia merupakan spesies liar yang hanya terdapat di tengah- tengah hutan rimba.
Bagi penduduk daerah ini, kegiatan menangkap ikan air tawar sering dilakukan di Sungai Tembeling dan Sungai Pahang kerana kedua-dua sungai tersebut kaya dengan spesies bernilai tinggi.
Memandangkan sebahagian Sungai Tembeling dan Sungai Pahang termasuk di dalam hutan Taman Negara yang merupakan kawasan larangan menangkap ikan, kegiatan itu tertumpu di anak-anak sungai yang terdapat di hutan Hulu Tembeling dekat sini.
Dalam kebanyakan ikan air tawar, kelah menjadi spesies paling popular berbanding ikan air tawar lain kerana keenakan rasanya dalam masakan.
Kelah biasanya diburu di lubuk dan air terjun berbatu yang terletak jauh di dalam hutan dan hanya 'pemburu' yang benar-benar kental mampu menghadapi segala cabaran yang sedia menanti.
Salah sebuah tempat yang menarik dan menjadi habitat ikan kelah di pedalaman Hulu Tembeling ialah di hulu Sungai Pengau.
Di hulu sungai berkenaan terdapat dua habitat ikan kelah, keli dan baung yang berkumpul di Lubuk Kayu Ara dan Lata Pegawai yang terletak sejauh lima jam perjalanan dari Hutan Lipur Sungai Pengau.
Kebiasaannya penduduk Hulu Tembeling memburu ikan kelah di anak sungai sebagai kegiatan masa lapang pada hujung minggu selain bersantai menikmati keindahan hutan sambil mencari buah-buahan hutan seperti taban, perah, bangkong dan berangan.
Pada musim kemarau, ikan kelah dan beberapa spesies lain keluar dari lubuk untuk mencari makanan yang terdiri daripada buah-buahan hutan seperti neram, maris, ara, perah, jambu air dan mata lembu yang gugur di permukaan air sungai.
Ketika itu, beribu-ribu kelah pelbagai saiz berkeliaran di lubuk Sungai Pengau yang menambat hati penggemar ikan air tawar.
Seorang penduduk menunjukkan spesies ikan kelah seberat 10 kilogram yang diperoleh di Sungai Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.
Tidak hairanlah penggemar ikan air tawar begitu teruja dan sanggup meredah hutan berhari-hari lamanya semata-mata untuk menangkap seberapa banyak spesies berkenaan yang cukup enak dimasak gulai asam tempoyak dan pais ikan.
Meskipun kelah amat enak, namun untuk menangkapnya bukan kerja mudah.
Aktiviti memburu ikan kelah perlu dilakukan bermula pada awal pagi dengan menyusur arus berbatu Sungai Pengau yang dingin airnya.
Pemburu kelah akan membawa joran, jala, anak panah dan penutup muka sebagai peralatan asas menangkap ikan berkenaan.
Perjalanan selama lima jam ke hulu sungai memang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi.
Mengalami kecederaan di kaki akibat terpijak batu tajam dan terserempak dengan binatang buas yang keluar mencari makan merupakan perkara lumrah kepada pemburu kelah.
Tidak cukup dengan berjalan kaki, pemburu kelah terpaksa membuat rakit untuk menyusur di kawasan arus dalam dan memunggah peralatan makanan serta khemah untuk persiapan bermalam di hulu sungai di Hutan Lipur Pengau.
Menurut seorang pencari ikan, Baba Ibrahim, 56, kebiasaan pemburu kelah akan bergerak secara berkumpulan antara lima hingga sepuluh orang bagi tujuan keselamatan.
''Kita membawa makanan secukupnya untuk berkhemah antara dua hingga tiga malam bagi mencari kelah yang banyak di Lubuk Kayu Ara dan Lata Pegawai yang memang cukup dikenali di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Pengau baru-baru ini.
Menurut Baba, kaedah menangkap kelah mempunyai pelbagai cara seperti menyelam bergilir-gilir ke dasar lubuk dan celah batu untuk menembak haiwan itu dengan panah besi.
''Kaedah lain adalah dengan memancing dan menjala di kawasan tersebut," katanya.
Seorang remaja, Zamrizal Zulkefli, 19, memberitahu, dia biasanya memburu kelah pada hujung minggu bersama rakan-rakan sekampungnya di Sungai Tembeling.
''Kepenatan kami menjelajah hulu Sungai Pengau dan berkhemah berbaloi apabila ada di kalangan kami mendapat kelah," katanya.
Bagaimanapun, Zamrizal menjelaskan, atas dasar memahami peraturan pihak berkuasa, mereka melepaskan semula anak kelah ke lubuk sungai demi pemuliharaan jangka panjang dan mengekalkan ekosistem hutan berkenaan.
Rakannya, Shahradin A. Karim, 43, berkata, kelah, keli dan baung yang ditangkap dijadikan lauk-pauk untuk makanan pada waktu malam sambil bersantai menikmati suasana hutan rimba berkenaan.
''Kegiatan menangkap ikan juga dilakukan pada waktu malam kerana kelah dan beberapa spesies lain kerap keluar mencari makanan di Lubuk Kayu Ara pada waktu itu.
''Biasanya, kami menggunakan lampu suluh dan mengambil sikap berhati-hati kerana bimbang terserempak dengan ular,'' katanya.
Shahradin menjelaskan, kelah yang ditangkap akan disalai serta diagihkan di kalangan rakan untuk dibawa pulang ke rumah bagi hidangan sekeluarga.
Bagi seorang penduduk Kampung Pengau, Ahmad Omar, 42, ekspedisi memburu kelah di hulu Sungai Pengau walaupun bertujuan berseronok dan bersantai tetapi ia perlu dirancang lebih awal untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Katanya, menangkap ikan air tawar memerlukan kecekalan, kesabaran dan kemahiran kerana pelbagai cabaran dan halangan yang bakal dilalui di tengah-tengah hutan rimba itu.
Sumber berita & gambar : utusan Online 22/08/09 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-81745063297343848362009-07-15T23:00:00.001-07:002009-07-15T23:03:37.429-07:00Guru perlu bersungguh bina akhlak pelajarHARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
SULTAN Ahmad Shah bersalam dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut, selepas merasmikan sambutan Jubli Perak sekolah berkenaan, kelmarin.
JERANTUT 15 Julai - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu warga pendidik dan sekolah memainkan peranan bersungguh-sungguh untuk membina akhlak serta jati diri pelajar bagi menangani gejala sosial.
Baginda bertitah, cabaran global yang semakin sengit hari ini menuntut pentadbiran sekolah dan warga pendidik supaya lebih cekal serta berkemahiran dalam membina perwatakan dan intelektual pelajar mereka.
Titah baginda, pencapaian sesebuah sekolah bukan hanya diukur kepada keselesaan prasarana dan kecemerlangan akademik pelajarnya, tetapi juga kejayaan dalam mendidik modal insan berwibawa, berakhlak mulia dan boleh dijadikan contoh oleh masyarakat.
"Peranan guru dan sekolah semakin mencabar dan menjadi harapan ibu bapa untuk terus memberi sumbangan mendidik anak-anak dengan acuan kekuatan akhlak dan jati diri bagi menghadapi cabaran kehidupan yang lebih besar pada masa akan datang.
"Tugas ini menuntut kemahiran pengurusan yang tinggi untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan rohani, sesuai dengan aspirasi falsafah pendidikan negara," titah baginda.
Sultan Ahmad Shah bertitah merasmikan Sambutan Jubli Perak Ke-25 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Senator Datuk Maznah Mazlan; Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd. Ali.
Majlis sambutan itu bagi memperingati Almarhum isteri baginda, Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad yang mangkat pada 1988 dan diabadikan dengan nama sekolah tersebut.
Menurut Sultan Ahmad Shah, hubungan ibu bapa, bekas pelajar dengan pihak sekolah juga amat penting untuk menjamin pencapaian berterusan sekolah dalam semua bidang termasuk kokurikulum.
Baginda turut berbangga dengan pencapaian SMKA TAHAP yang mendapat anugerah lima bintang bagi pengurusan Sekolah Bestari, sekali gus merangsang semangat guru dan pelajar untuk terus melakar kejayaan lebih besar pada masa hadapan.
Pada majlis itu, Sultan Ahmad Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan RM50,000 untuk dana sekolah tersebut bagi membiayai program meningkatkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan pembinaan insan.
Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Bekas Pelajar sekolah itu kepada lima penerima termasuk Pengerusi Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohd. Sahfri Ab. Aziz.
Sumber Berita & Gambar : Utusan Online 06/07/09 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-73566036564557731862009-07-06T22:32:00.001-07:002009-07-06T22:35:32.009-07:00Berderau pada musim kemarauOleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
SEBAHAGIAN penduduk bergotong-royong atau berderau menolak bot yang terkandas pada musim kemarau di Hulu Tembeling, Jerantut.
JERANTUT 6 Julai - Semangat gotong-royong sememangnya telah menjadi teras dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.
Amalan murni itu seharusnya dipertahankan kerana ia terbukti dapat membawa keamanan dan perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini.
Lazimnya, bagi masyarakat luar bandar, gotong-royong meliputi kegiatan membersihkan persekitaran kampung, kubur, surau atau masjid selain kenduri.
Namun, bagi penduduk di kawasan pedalaman negeri ini terutama di Pahang Barat, amalan bergotong-royong bukan sekadar kegiatan yang dinyatakan itu.
Ia meliputi kegiatan membersihkan sungai memandangkan ia merupakan nadi dan sumber pendapatan bagi penduduk di kawasan terbabit.
Malah, kegiatan itu juga mempunyai namanya yang tersendiri yang dikenali sebagai 'berderau.'
Penduduk di sekitar Taman Negara dan Hulu Tembeling dekat sini begitu sinonim dengan kegiatan berderau iaitu membersihkan alur di Sungai Tembeling terutama ketika musim kemarau.
Kegiatan bergotong-royong membersihkan alur sungai itu terpaksa dilakukan ketika kemarau kerana air sungai menjadi cetek dan menyukarkan laluan bot penambang ke sesebuah kampung di kawasan pedalaman.
Air yang cetek menyebabkan bot penambang yang membawa penumpang dan pelancong kerap tersangkut di kawasan jeram yang berbatu dan berpasir.
Beberapa jeram di Sungai Tembeling yang menjadi laluan sukar kepada bot penambang ketika kemarau ialah Jeram Nusa, Jeram Dua, Jeram Abai, Jeram Teras, Jeram Dedari, Jeram Panjang, Jeram Terenggan, Jeram Aur dan Jeram Katak.
Menurut Ketua Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah, penduduk terpaksa melakukan kegiatan berderau untuk mengorek batu dan pasir di kawasan alur di jeram yang menjadi laluan utama bot penambang setiap kali musim kemarau.
''Kita terpaksa memindahkan batu-batu yang besar dan mengorek pasir yang menyekat laluan bot di alur jeram tersebut.
''Jika tidak, bot yang membawa penumpang pasti terkandas dan tersadai di kawasan jeram sehingga melambatkan perjalanan ke sesebuah tempat selain membahayakan keselamatan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Jeram Dedari, Sungai Tembeling, Kuala Tahan baru-baru ini.
Menurut Mi Hamidi, kegiatan itu merupakan rutin dan tanggungjawab sosial penduduk Hulu Tembeling ketika musim kemarau bagi memastikan penumpang bot penambang tidak mengalami kesulitan semasa melalui laluan air sungai cetek.
Seorang pemandu bot penambang, Zainuddin Nong, 43, memberitahu, kegiatan bergotong-royong itu juga dapat mendidik masyarakat mencintai sungai dengan memastikan kawasan itu bersih dan ceria.
''Budaya berderau mengajak masyarakat bergotong-royong membersihkan alur sungai ketika musim kemarau untuk memudahkan bot penambang bergerak dengan cepat dan selesa," katanya.
Bapa kepada empat orang anak itu berkata, Sungai Tembeling menjadi perhubungan utama penduduk Hulu Tembeling dan pemandu bot sering berhadapan dengan masalah ketika kemarau.
Sementara itu, seorang penduduk, Affandi Mohamad, 32, berkata, kegiatan berderau dilakukan pada sebelah pagi untuk mengesan alur sungai yang berbatu dan berpasir.
''Kami bergotong-royong mengangkat batu besar dan berat yang berada di alur laluan bot selain mengorek pasir yang menyekat perjalanan bot," katanya.
Kebiasaannya, jelasnya, kerja gotong-royong itu membabitkan seramai 30 penduduk dan ia dilakukan sehari suntuk hingga ke petang.
Menurutnya, amalan itu lebih meriah apabila penduduk terbabit membawa beras untuk ditanak dan memancing ikan sungai untuk dijadikan lauk.
''Kegiatan berderau bagaikan pesta apabila penduduk berkelah beramai-ramai di tepi sungai ketika berhenti untuk menjamu selera," katanya.
Rakannya, Mohd. Haiqal Zakaria, 23, berkata, kerja gotong-royong membersihkan alur sungai semakin ringan dan seronok apabila ia dilakukan beramai-ramai.
Dia difahamkan amalan berderau hanya dilakukan oleh penduduk di sekitar Taman Negara dan Hulu Tembeling dan ia mungkin tidak dapat dilihat di tempat lain.
Amalan berderau itu juga, jelasnya, berjaya menarik perhatian pelancong barat yang berkunjung ke Taman Negara.
''Ketika bergotong-royong membersihkan alur sungai, pelancong barat turut sama merakam gambar dan memuji usaha kami memulihara keceriaan sungai," tambahnya.
Mohd. Haiqal juga berharap lebih ramai golongan muda kampung itu melibatkan diri dalam kegiatan berderau supaya amalan tersebut tidak luput di telan zaman.
Sumber Berita & Gambar : Utusan Online 07/07/09 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-3357448615036570792009-07-02T04:35:00.000-07:002009-07-02T04:36:48.389-07:00ADUN tegur kontraktor gagal siap projekJERANTUT 1 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak menegur sikap kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembinaan calet di Kampung Pagi, Hulu Tembeling di sini sehingga menjejaskan pembangunan sektor pelancongan di kawasan itu.
Beliau berkata, kontraktor terbabit perlu menyiapkan projek pembinaan calet itu yang menelan kos lebih RM100,000 mengikut jadual.
Ini kerana, katanya, projek itu perlu disiapkan segera bagi menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong disebabkan permintaan semakin bertambah.
"Kita memandang serius kelewatan menyiapkan projek itu yang sepatutnya mengikut jadual supaya boleh digunakan oleh pelawat ke Taman Negara Kuala Tahan yang singgah di kampung ini," katanya ketika melawat projek itu semalam.
Menurut Wan Amizan, kelewatan pembinaan projek itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia dilaksanakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) milik kerajaan negeri.
Beliau yang juga Pengerusi Exco Pembangunan Luar Bandar Pemuda UMNO berkata, pihaknya telah menghantar surat meminta penjelasan daripada PKNP mengenai kelewatan itu.
"Saya jangkakan, pembinaan calet ini hanya mengambil masa antara dua hingga tiga bulan memandangkan projek ini tidaklah sebesar mana di samping ramai pekerja," katanya.
Jelasnya, pegawai PKNP sewajarnya memantau kerja pembinaan berkenaan siap mengikut jadual selain jaminan kualiti dan manfaat keselesaan untuk orang ramai.
Sementara itu, Ketua Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah memaklumkan kelewatan projek itu kepada PKNP.
"Namun, saya nampak tidak ada pekerja yang datang membina calet itu dan tidak tahu kenapa mereka melengah-lengahkan kerja pembinaannya," katanya.
Sumber Berita : Utusan Online 02/07/2009 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-72702419543650854432009-06-01T19:33:00.000-07:002009-06-01T19:33:00.750-07:00Penerima zakat perlu bijak manfaat sumbanganJERANTUT 29 Mei - Penerima zakat perlu bijak memanfaatkan bantuan yang diberikan terutama ketika negara berdepan cabaran ekonomi dan kenaikan harga barangan tidak menentu ketika ini.
Kadi Daerah Jerantut, Ahmad Nizam Abdul Manan berkata, kemelesetan ekonomi yang dijangka berterusan sebenarnya menuntut golongan miskin dan berpendapatan sederhana khususnya di luar bandar supaya lebih berhemah dalam berbelanja serta bijak mengurus kewangan.
"Justeru penerima bantuan zakat wajar berjimat-cermat ketika berbelanja dan mengamalkan tabiat menabung untuk kegunaan masa kecemasan dan juga persekolahan anak-anak," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan bantuan zakat di Kampung Pagi, Hulu Tembeling hari ini.
Pada majlis itu, seramai 59 orang dari golongan asnaf di kawasan Mukim Hulu Tembeling, Jerantut telah menerima sumbangan zakat daripada syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) bernilai RM29,500.
Mereka terdiri daripada penduduk di lima buah kampung, iaitu Kampung Pagi, Kuala Sat, Bantai, Mat Daling dan Gusai yang masing-masing menerima sebanyak RM500 seorang.
Hadir sama, Penghulu Mukim Hulu Tembeling, Jamal Jahidin dan Ketua Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah.
Dalam pada itu, Ahmad Nizam berkata, Pejabat Kadi Jerantut telah mengenal pasti seramai 97 orang golongan asnaf di Mukim Hulu Tembeling yang layak diberi bantuan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya nanti.
"Bantuan untuk golongan asnaf ini bernilai RM50 seorang mengikut bilangan isi keluarga yang akan diberi menjelang bulan Ramadan," katanya.
Beliau berkata, MUIP sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk di luar bandar dan membantu golongan fakir dan kurang mampu melalui pengagihan sumbangan zakat dan bantuan lain dari semasa ke semasa.
Sumber : Utusan Online 30/05/09 (www.utusan,.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-28887538487465808832009-05-29T19:31:00.000-07:002009-05-29T19:33:15.053-07:00Belia diminta manfaat program anjuran KBSJERANTUT 29 Mei – Golongan belia diminta memanfaatkan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memperkasa pengurusan organisasi termasuk kepimpinan belia pada masa akan datang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, belia di semua peringkat merupakan aset bernilai untuk mencorakkan hala tuju pembangunan dan daya saing negara di peringkat global.
Beliau berkata, taraf pendidikan belia yang kini berbeza, memerlukan satu pendekatan lebih proaktif dan interaktif bagi menarik minat mereka terhadap berpersatuan, kepimpinan serta dasar pembangunan belia.
“Kerajaan menggunakan pelbagai kaedah menerusi program tertentu dalam usaha mendekati dan menarik minat kelompok muda untuk membimbing dan memperkasakan jati diri mereka,” katanya berucap di majlis penutupan Kursus Personaliti Belia, Kursus Intervensi Gejala Sosial dan Kursus Pemimpin Muda, di Kuala Tahan dekat sini semalam.
Kursus anjuran Pejabat Belia dan Sukan Jerantut (PBSJ) itu disertai oleh seramai 105 orang belia dan 48 orang beliawanis mewakili pelbagai pertubuhan belia di daerah ini.
Menurut Wan Amizan, bimbingan berterusan amat penting untuk membantu belia supaya lebih berdaya saing, berwawasan dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pentadbiran kerajaan dan dasar pembangunan negara hari ini.
“Maka itu, program yang digagaskan oleh KBS ini boleh menyedarkan belia tentang tanggungjawab yang perlu mereka galas selaku bakal pemimpin dalam keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.
Sumber : Utusan Online 30/05/09 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-43014214850862358542009-05-15T20:57:00.000-07:002009-05-15T20:58:35.190-07:00Bank Rakyat, BSN serah zakat perniagaan lebih RM1.36 jutaJERANTUT 15 Mei - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2008 berjumlah RM1,369,561 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini kelmarin.
Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Zainuddin Abdul Rahman menyerahkan replika cek berjumlah RM1,269,561 kepada Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, sementara Pengurus BSN negeri, Badli Hamsan pula menyerahkan replika cek berjumlah RM100,000.
Majlis penyerahan zakat itu turut hadiri oleh Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Halidan Md. Daud; Pegawai Agama Islam Jerantut, Ahmad Nizam Abdul Manan dan Pegawai Agama Islam Raub, Khairul Amran Abd Jalil.
Menurut Wan Abdul Wahid, pada tahun lalu kutipan zakat yang diperolehi oleh PKZ Pahang ialah sebanyak RM57 juta meliputi zakat harta sebanyak RM51 juta dan zakat fitrah RM6 juta.
"Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM12 juta adalah perolehan zakat yang dikeluarkan oleh badan korporat termasuklah sektor perbankan yang ada di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan dan Agihan Zakat di sini.
Wan Abdul Wahid berkata, dalam usaha memperkemaskan kutipan zakat, MUIP menubuhkan Unit Kutipan Zakat bagi membolehkan pembayaran zakat dilakukan secara lebih sistematik dan mengikut ketetapan serta peraturan yang telah digariskan.
Selain itu katanya, MUIP juga menyusun pelan strategi tindakan jangka panjang, termasuk menambah kakitangan yang kini berjumlah 79 orang, dalam usaha memantap dan meningkatkan kualiti pengurusan serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat.
Sempena majlis itu, Wan Abdul Wahid turut menyaksikan penyerahan zakat kepada surau Kampung Paya Petai Jerantut berjumlah RM60,000 dan surau Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji, Lipis sebanyak RM58,000.
Turut menerima sumbangan zakat, iaitu Persatuan Pengasih Malaysia sebanyak RM19,000, Persatuan Orang Cacat Penglihatan (RM15,000) dan Sekolah Menengah Agama Chat, Budu, Lipis (RM20,000).
Bantuan zakat bulanan untuk golongan fakir bernilai RM3,500 turut disumbangkan kepada 14 orang asnaf, sementara 17 lagi penerima menerima bantuan am zakat bernilai RM5,100, manakala penduduk Kampung Lipat Kajang, Temerloh pula menerima sebuah van jenazah berharga RM70,000.
Sumber berita : Utusan Online 16/05/09 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-18742615412934001312009-05-07T00:43:00.000-07:002009-05-07T00:44:57.180-07:00Sijil ISO jadi motivasi tingkat perkhidmatanJERANTUT 6 Mei - Penganugerahan sijil MS ISO 9001:2000 merupakan satu pengiktirafan dan motivasi kepada warga Majlis Daerah Jerantut (MDJ) untuk meningkatkan perkhidmatan seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
Yang Dipertuanya, Datuk Ismail Mohd. Ali berkata, anugerah itu juga secara tidak langsung merupakan perakuan pelbagai pihak terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan selama ini.
Bagaimanapun katanya, kejayaan MDJ meraih anugerah itu yang juga mencerminkan integriti di kalangan kakitangannya, bukan diperoleh dengan mudah kerana ia menagih kesungguhan yang tinggi daripada semua pihak.
"Anugerah ini menterjemahkan aspirasi kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, efisien menerusi peningkatan kualiti kerja bagi memenuhi kehendak awam," katanya di sini hari ini.
Menurut Ismail, untuk memastikan MDJ mendapat pengiktirafan tersebut, pihaknya telah memastikan semua kerja yang dilaksanakan, termasuk dari segi audit dibuat mengikut garis panduan dan standard ditetapkan.
Beliau mengakui, usaha tersebut bukan mudah kerana ia menuntut komitmen yang tinggi daripada semua kakitangan dalam kerangka mempersiapkan MDJ sebagai sebuah agensi bertaraf dunia.
"Tugas yang digalas merupakan cabaran dan tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan untuk menzahirkan perkhidmatan terbaik agensi ini kepada pelanggan selaras dengan kemajuan global," katanya.
Ismail berkata, sesuai dengan pengiktirafan yang diterima maka MDJ akan melakukan banyak perubahan dalam gerak kerjanya pada masa hadapan bagi memenuhi aspirasi pelanggannya.
Langkah itu katanya, untuk memastikan penganugerahan sijil itu benar-benar memberi impak kepada gerak kerja MDJ sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir daerah ini.
IMPIAN Yong Azua yang ditulis pada sekeping kertas dan dilekatkan di dinding biliknya di Kuarters JKR, Jerantut, Pahang.
YONG AZUA memeluk ibu kesayangan, Rosni Abdullah.
HATI ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dikandungnya selama sembilan bulan 10 hari kini membesar sihat dan berjaya dalam kehidupan.
Itulah gambaran awal yang diberi oleh Rosni Abdullah, 43, tatkala bercerita tentang anak keduanya, Yong Azua Mat, 23.
Yong merupakan satu-satunya anak Rosni (setakat hari ini) yang berjaya menjejak kaki ke menara gading. Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka yang menyaksikan kecekalan dan kesabaran anak gadisnya menjalani kehidupan kampus yang begitu mencabar bagi orang miskin sepertinya.
Namun hari ini, kesemua pengorbanan tersebut berbaloi apabila segala penat lelah dan kepayahan Yong mengharungi kehidupan kampus yang memeritkan berbalas juga akhirnya.
Pada hari ini, Yong memulakan hari pertama sebagai eksekutif perakaunan di Touch Matrix Sdn. Bhd., Kuantan, Pahang manakala pada Jun ini pula, Yong akan naik ke pentas untuk menerima segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan UiTM.
"Insya-Allah, saya akan datang ke majlis konvokesyen Yong. Masa dia (Yong) terima diploma dahulu, saya tak datang sebab tak cukup duit,'' dedah Rosni yang ceria tatkala bercerita tentang anak keduanya itu.
Yong ketika diajak berkongsi kisah kemiskinan keluarga pada mulanya agak berat mulut untuk bercerita.
"Tak apalah...dah keluar dalam Kosmo!...dalam TV,'' katanya.
Namun setelah dipujuk, barulah Yong rancak bercerita.
"Sepanjang di kampus, saya tidak pernah bercerita dengan kawan-kawan tentang kehidupan di kampung. Saya malu..., Lebih baik mereka (kawan-kawan) tak tahu. Kalau tahu...banyak pula yang akan menyoal itu dan ini,'' kata Yong.
Berikutan kesempitan hidup, Yong lebih banyak menghabiskan masa di bilik asrama untuk mengulang kaji pelajaran dan melayari Internet bagi menambah pengetahuan berkaitan bidang pengajiannya.
Apa cerita yang paling tak dapat dilupakan ketika di kampus?
"Banyak...tapi paling tak boleh saya lupa adalah ketika saya terpaksa ikat perut untuk menjimatkan belanja.
"Di kampus, makan Maggie memang biasa. Tetapi saya terpaksa kerat empat sebungkus Maggie dan makan satu bahagian sahaja. Yang lain simpan untuk hari esok. Kalau lapar, makan biskut kering sahaja,'' ceritanya tanpa berselindung.
Begitu juga dalam bab menyediakan yuran pendaftaran sebagai pelajar baru sebanyak RM1,200.
"Itu juga sukar dilupakan dan membuatkan saya hampir-hampir putus asa. Mana nak cari duit sebanyak itu, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru nak mohon. Terpaksalah minta ayah sediakan juga dan pinjam daripada kawan-kawan,'' katanya yang terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang tersebut.
Berkat kesabaran dan kesungguhan Yong mengikuti pengajian, dia bukan sekadar lulus biasa tetapi muncul sebagai pelajar cemerlang dan pernah dua kali menerima Anugerah Dekan kerana cemerlang dalam peperiksaan semester.
"Alhamdulillah, saya sudahpun dapat kerja. Ada empat impian yang akan saya tunaikan iaitu bantu adik-adik belajar, kumpul duit untuk beli rumah ibu dan ayah, beli kereta dan hantar ibu bapa ke tanah suci Mekah. Semua itu, saya buat untuk keluarga. Tentang diri saya, ...nantilah dulu,'' ujarnya mengakhiri perbualan.
Pada satu perkembangan lain, Setiausaha Jawatankuasa Kerja (JKK) Kampung Sepial, Jerantut, Pahang, Halimi Musa berkata, pihaknya mahu membetulkan fakta bahawa kampung tempat tinggal Rosni bukanlah Kampung Sepial.
Menurutnya, Rosni tinggal di Kuala Tembeling yang berdekatan dengan Kampung Sepial. "Sebab itulah, saya tidak tahu tentang kehidupan beliau sekeluarga yang begitu miskin sehingga terpaksa berpindah ke dalam hutan.
"Ini kerana, selaku Setiausaha JKK Kampung Sepial, saya sentiasa mengemas kini data dan profil penduduk kampung termasuk keluarga miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim dari semasa ke semasa untuk diserahkan kepada Penghulu bagi tindakan lanjut.
"Statistik terkini menunjukkan terdapat 12 ibu tunggal dan tiga anak-anak yatim di Kampung Sepial. Jumlah itu tidak termasuk keluarga Rosni kerana dia tidak tinggal di kampung kami,'' ujarnya membetulkan kenyataan yang disiarkan oleh media bahawa Rosni tinggal di Kampung Sepial sebelum berpindah ke dalam hutan.
Menjelaskan perkara tersebut, Halimi berkata, laporan akhbar Kosmo! bertarikh 2 Mac 2009 di muka hadapan yang menyebut bahawa Rosni tinggal di Kampung Sepial telah mendorongnya keluar mencari ibu tunggal itu.
"Bila baca Kosmo!, saya terkejut kerana setahu saya, tidak ada ibu tunggal bernama Rosni menetap di Kampung Sepial. Sungguhpun begitu, saya tetap mencarinya atas dasar kemanusiaan,'' ujarnya.
Menurutnya, pencarian itu menemukannya dengan Rosni di pondok yang didirikan di tanah milik KTMB di dalam hutan tersebut.
"Apabila diperiksa, tanah itu terletak di dalam kawasan Mela, Kuala Lipis dan bukan lagi daerah Jerantut seperti yang dilaporkan. Apabila ini berlaku, saya terpaksa merujuk kes beliau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lipis,'' jelasnya.
Mengulas kelewatan bantuan kewangan sebanyak RM450 sebulan yang sepatutnya diterima Rosni pada awal bulan ini, Halimi berkata, ia mungkin berlaku kerana pejabat JKM di Kuala Lipis perlu memindahkan fail Rosni ke pejabat JKM Jerantut.
"Memandangkan Rosni kini tinggal di Kuarters JKR, Batu 1, Jerantut, maka segala urusan pembayaran akan diuruskan oleh JKM Jerantut. Mungkin sebab itulah, beliau masih belum menerima bantuan tersebut,'' ujarnya.
Halimi mengakui memang terdapat beberapa keluarga miskin di kampungnya tetapi tidaklah semiskin keluarga Rosni.
"Kemiskinan Rosni adalah kerana suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap, selain mempunyai anak yang ramai. Saya difahamkan, beliau hanya memelihara anak bongsunya di rumah ibunya di Felda Sungai Tekam Utara manakala anak-anak lain dijaga oleh bekas suami. Sebab itulah, beliau hanya layak menerima bantuan JKM sebanyak RM70 sebulan kerana hanya menjaga seorang anak.
"Tetapi memandangkan kini, kesemua anak-anaknya di bawah jagaannya di Kuarters JKR Jerantut, maka JKM telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM450 sebulan,'' katanya yang berharap Rosni bersabar menunggu bantuan yang telah dijanjikan. - ROHANA MAN
Sumber Berita & Gambar : Kosmo Online 20/04/09 (www.kosmo.com.my)
IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------
izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-84642263523992671852009-04-10T20:48:00.000-07:002009-04-10T20:49:29.032-07:00Harimau, gajah kian berkurangan di Taman NegaraJERANTUT 10 April - Kegiatan pemburu haram dan gangguan terhadap habitat harimau dan gajah merupakan antara punca haiwan berkenaan semakin berkurangan terutama di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.
Pegawai Pertubuhan Perlindungan Hidupan Liar (WCS), Azima Azmi berkata, mengikut kajian WCS, terdapat sebanyak 500 ekor harimau yang dikenali sebagai spesies harimau Malaya dan 631 ekor gajah di hutan Taman Negara, Kuala Tahan.
''Kami telah mempergiatkan usaha melindungi harimau dan gajah di hutan Taman Negara dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," katanya kepada pemberita ketika mengadakan kempen perlindungan harimau dan gajah di Kampung Pagi, dekat sini hari ini.
Azima memberitahu, kempen itu dijalankan sebagai usaha WCS dan Perhilitan bagi membolehkan populasi spesies terancam seperti harimau dan gajah dapat dipertingkatkan.
Sehubungan itu, katanya penduduk perlu diberi kesedaran mengenai perlindungan hidupan liar termasuk pengharaman kegiatan pemburuan dengan menguatkuasakan lagi undang-undang.
Menurut beliau, pemburu haram memusnahkan hidupan liar di Taman Negara untuk tujuan komersial iaitu perubatan dan barang perhiasan.
''Kegiatan memburu untuk tujuan komersial juga menyebabkan ketidakseimbangan ekologi apabila harimau semakin sukar mendapat makanan," katanya
Selain Taman Negara, Kuala Tahan, Azima berkata, WCS juga menjalankan kempen ke Taman Negara Endau-Rompin, Pahang dan Hutan Belum di Perak.
Beliau menambah, seluas 40,000 hektar kawasan di Semenanjung berpotensi untuk dijadikan pusat perlindungan dan konservasi harimau dan gajah.
Selain itu, tambahnya, sehingga kini hanya terdapat 3,000 hingga 5,000 ekor harimau di seluruh dunia selepas mengalami kepupusan akibat pemburuan haram dan pemusnahan habitat akibat pembangunan.
Sumber berita : Utusan Online 11/04/2009 (www.utusan.com.my)izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-43383150048029447272009-03-27T20:45:00.000-07:002009-03-27T20:51:19.490-07:00Gegaran kuat cemaskan penduduk JerantutOleh HARIS FADILAH AHMAD
berita@kosmo.com.my
JERANTUT - Penduduk di beberapa kawasan di daerah Jerantut gempar apabila berlaku gegaran kuat pada pukul 9.46 pagi di sini semalam.
Gegaran berikutan gempa bumi lemah yang berlaku dalam tempoh beberapa saat itu dirasai di Felda Gugusan Gelanggi, Kompleks Pentadbiran Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Sungai Tekam.
Kejadian itu juga dialami pekerja di Kompleks Pejabat Felda Wilayah Jengka, Pusat Teknologi Metarhizium, Felda Residence Tekam dan kawasan kediaman penduduk di situ.
Pengurus Felda Residence Tekam, Mohd. Zainuddin Masduki berkata, kejadian yang pertama kali berlaku itu menimbulkan suasana yang agak cemas dan panik di kalangan pekerja di situ.
"Ketika kejadian berlaku, saya sedang menyiapkan kerja di pejabat dan terdengar bunyi dentuman agak kuat diikuti gegaran dari dalam tanah.
"Saya dan pekerja bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku dan kami tertanya-tanya sesama sendiri tetapi tidak ada kesan kerosakan akibat dentuman berkenaan," katanya ketika ditemui di Tekam semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa yang berlaku pada pukul 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur.
Pusat gempa itu terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran kuat dirasai di sekitar daerah Jerantut.
sumber berita & gambar : kosmo online 28/03/09 (www.kosmo.com.my)
IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------
izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-6972476019877918412009-03-13T02:27:00.000-07:002009-03-13T02:29:24.145-07:00Kuasai sektor perladanganJERANTUT 12 Mac - Anak-anak peneroka di negeri ini perlu memainkan peranan lebih aktif untuk memastikan sektor perladangan di tanah rancangan tidak dikuasai pekerja asing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, sektor perladangan di tanah rancangan Felda mampu menjadi pemangkin kepada perubahan taraf hidup mereka.
Katanya, Felda telah membuktikan sektor perladangan di tanah rancangan berjaya mengubah taraf hidup peneroka menerusi pendapatan lumayan daripada hasil jualan sawit dan getah.
''Kecekapan Felda mengurus tanah dengan tanaman kelapa sawit dan getah berjaya mencorakkan kehidupan baru kepada peneroka," katanya di sini hari ini.
Ahmad Shukri seterusnya berkata, anak-anak peneroka juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dalam pengurusan ladang sebagai persiapan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Katanya, pelbagai insentif telah diberi Felda dalam membantu para peneroka menerusi kegiatan perladangan getah dan kelapa sawit.
ROSNI (duduk) bersama anak-anaknya di kuarters JKR yang menjadi rumah baru mereka di Jerantut semalam.
Keluarga ibu tunggal, Rosni Abdullah, 41, itu bukan sahaja sudah diberi kediaman lebih selesa di kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 1 dekat Jerantut tetapi juga menarik perhatian ramai.
Selepas laporan muka depan Kosmo! semalam, mereka menerima limpahan bantuan daripada orang ramai yang bersimpati.
Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta-merta menaikkan elaun bulanan untuk Rosni daripada RM70 kepada RM450.
"Ini semua untuk anak-anak. Saya harap mereka hidup selesa dan dapat pergi sekolah macam anak orang lain.
"Mereka tidak pernah minta apa-apa sebab tahu keluarga susah. Dulu setiap kali saya fikir hal makan minum anak-anak, saya selalu rasa nak menangis," katanya ketika ditemui di rumah barunya itu semalam.
Rosni dan 12 anaknya dibenarkan mendiami rumah itu dengan sewa cuma RM50 sebulan.
Kos sewa bulanan kuarters itu dibiayai oleh sebuah syarikat swasta, Able Build Sdn. Bhd. manakala Touch Matrix Sdn. Bhd. pula menyumbangkan bantuan barangan keperluan seperti makanan dan pakaian.
Sumber berita dan gambar : Kosmo Online 03/03/2009izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-55872074773788553132009-02-13T19:08:00.000-08:002009-02-13T19:10:23.886-08:00PBSD jalankan kempen tambah ahliJERANTUT 13 Feb. - Persatuan Bomba Sukarela Damak (PBSD) sedang menjalankan kempen menambah ahli pasukan bagi memantapkan lagi kerja-kerja menyelamat kebakaran dan bencana alam.
Pengerusi PBSD Jerantut, Sam Choo Wah berkata, keanggotaan pasukan itu yang kini seramai 32 orang akan ditambah dari semasa ke semasa bagi melaksanakan operasi bantuan, menyelenggara jentera dan peralatan menyelamat.
''Kita menggalakkan golongan belia, penduduk setempat dan kakitangan kerajaan menjadi anggota pasukan ini selaras dengan tanggungjawab sosial dan semangat sukarelawan," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, kempen penambahan ahli dilakukan menerusi ceramah dan pameran yang sedang giat dilaksanakan di kawasan Damak, Hulu Cheka dan Batu Balai di sini.
''Kita akan meningkatkan kemahiran ahli-ahli baru mengenai pengendalian jentera dan operasi menyelamat dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut," katanya.
Selain memantapkan operasi menyelamat, jelasnya, penglibatan dalam pasukan sukarela itu akan mengaktifkan ahli-ahlinya dalam kerja-kerja kemasyarakatan lain.
Choo Wah berkata, pihaknya bangga kerana PBSD diiktiraf antara enam daripada 35 pasukan bomba sukarela paling aktif di negeri ini.
Sementara itu, katanya, jentera bomba yang dibekalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini melengkapkan lagi peralatan bagi menjalankan operasi menyelamat pasukan itu.
''Pasukan ini juga dilengkapi pam angkut, 11 pasang jaket, kasut kalis api dan hos memadam api," tambahnya.
ASRUL Affendi Amiruddin (tiga dari kanan) memberikan penerangan mengenai semaian benih pokok Cili Kulai Mardi kepada Mohd. Lokman Mohd. Isa (tengah) dan Mohd. Zaimi A. Razak (kanan) sempena lawatan kerja di Felda Sungai Retang, Jerantut, baru-baru ini.
JERANTUT 28 Jan. - Felda memperuntukkan sebanyak RM40,000 untuk pengurusan dan penyediaan benih pokok Cili Kulai Mardi menerusi projek Edible Garden Felda (EGF) di empat buah tanah rancangan tahun ini.
Pegawai Pertanian Felda Wilayah, Asrul Affendi Amiruddin berkata, empat buah tanah rancangan terbabit ialah Felda Sungai Retang membabitkan 500 orang peneroka, Felda Kota Gelanggi 3 (366), Felda Jengka 15 (385) dan Felda Jengka 7 (398).
Beliau berkata, setiap kawasan rancangan telah diperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk kerja-kerja penjagaan pokok cili, peralatan dan pengurusan bermula akhir tahun lalu.
"Sebanyak 34,000 benih pokok Cili Kulai Mardi yang masih di tapak semaian akan turut diagihkan kepada peneroka di empat buah rancangan Felda terbabit.
"Di Felda Sungai Retang sahaja, sebanyak 10,000 buah polibeg benih cili akan diagihkan kepada seramai 500 orang peneroka," katanya selepas melawat tapak semaian pokok Cili Kulai Mardi, di Felda Sungai Retang, di sini kelmarin.
Hadir sama ialah Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur, Mohd Zaimi A.Razak; Pegawai FAMA daerah Jerantut, Mohd. Lokman Mohd. Isa, dan Pengurus Felda Sungai Retang, Shamsuddin Abu Samah.
Menurut Asrul Affendi lagi, selain benih pokok, peneroka turut diberi bantuan baja kompos dan bimbingan penjagaan pokok untuk meningkatkan hasil bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat.
Beliau berkata, di bawah projek itu peneroka dijangka memperoleh hasil pertama Mac ini yang akan dipasarkan menerusi FAMA.
HANYA kenderaan 4X4 sahaja yang dibenarkan memasuki laluan ke Ulu Tembeling ini.
SELAIN pertukangan perahu, kunjungan Mega ke Kampung Mat Daling yang diuruskan oleh pengendali pelancongan pacuan empat roda (4X4) Middle Earth, baru-baru ini turut menyingkap kehidupan tradisional masyarakat Melayu di pedalaman.
Perjalanan dari Motel & Kafe Middle Earth di Jerantut, Pahang, memakan masa lebih daripada yang sepatutnya kerana keadaan jalan balak yang basah dan berselut.
Kumpulan yang dianggotai oleh 50 peserta menggunakan 16 buah kenderaan bertambah sukar apabila banyak kenderaan yang tersangkut dan terpaksa ditarik menggunakan winch. Kesukaran yang dihadapi memberi peluang peserta untuk menikmati suasana perkhemahan malam di pinggir Kampung Samas.
Keesokan harinya selepas setengah hari meneruskan perjalanan, aliran Sungai Tembeling yang merentasi tiga kampung utama iaitu Kampung Bantal, Mat Daling dan Gusai mula kelihatan di sebalik kabus dan kanopi hutan yang tebal di situ.
Ketibaan disambut mesra oleh pengusaha chalet, Che Wan Kamaruddin Wan Abdul Rahman dengan hidangan istimewa Ulu Tembeling, ikan patin masak tempoyak dan gulai asam rom.
Madu kerabat
Sebelah petangnya seperti yang dijanjikan oleh Pengarah Urusan Middle Earth, Marodzuan Abd Ghani memperkenalkan ahli kumpulan dengan produk paling istimewa dari Kampung Mat Daling, iaitu madu pokok tualang.
Ia dikatakan satu-satunya madu yang digunakan oleh kerabat di raja Pahang dan tidak pernah dibawa keluar untuk dijual, tetapi di situ ia boleh dibeli pada harga RM50 sebotol bergantung kepada bekalan daripada penduduk.
Menurut Che Wan Kamaruddin, satu perkara yang unik mengenai madu Mat Daling adalah mengenai kitaran hasil tuaian madu yang meningkat setiap kali tiba musimnya.
"Setiap tujuh tahun penduduk akan mendapat hasil tuaian madu yang berganda-ganda banyaknya.
"Kitaran terakhir berlaku dua tahun lalu di mana sebatang pokok tualang yang biasanya mempunyai 20 hingga 30 sarang mempunyai kira-kira 100 sarang," ujarnya.
Selain madu, kayu gaharu yang terdapat di hutan Ulu Tembeling juga menjadi sumber pendapatan penduduknya. Harga bagi sekilogram gaharu dikatakan boleh mencecah hingga RM15,000.
Petang itu, kumpulan dibawa menyusuri sungai di Kampung Gusai menuju ke pekan Ulu Tembeling untuk melihat Istana Seri Tembeling yang menjadi 'istana hinggap' Sultan Pahang.
Malam itu kami menghidupkan unggun api dan berkhemah di tepi sungai Tembeling, laluan yang pernah digunakan oleh Mat Kilau, pejuang Melayu dalam penentangan terhadap Inggeris pada 1880-an.
Hidangan lazat yang disediakan oleh pihak penganjur menghilangkan kepenatan seharian berada di dalam kenderaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan ini, hubungi Tropica Green Travel & Tours di talian 03-7726 3607, Middle Earth di talian 03-6188 9990 atau 012-9819 145 (Marodzuan).
Guru-GURU menaiki bot penambang ke sekolah di pedalaman Hulu Tembeling di jeti Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.
JERANTUT 11 Jan. – Seramai 12 guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bersedia mengharungi Sungai Tembeling sejauh 120 kilometer dengan menaiki bot penambang, semata-mata untuk berkhidmat di beberapa buah sekolah di daerah pedalaman Pahang.
Mereka yang merupakan graduan universiti tempatan dan luar negara itu berkhidmat di lima buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pagi, SK Kuala Sat, SK Bantai, SK Mat Daling dan SK Gusai bermula 5 Januari lalu.
Kumpulan guru DG41 itu, mengajar mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pemulihan, prasekolah dan Pendidikan Islam.
Guru prasekolah SK Gusai, Harun Ibrahim, 25, berkata, dia tidak menyangka akan bertugas di kawasan pedalaman Pahang dan bersedia untuk menghadapi persekitaran kerja ‘yang begitu asing’ di Hulu Tembeling.
“Sebagai pendidik, cabaran ini perlu disambut dan menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik pelajar di pedalaman sehingga menjadi insan cemerlang,” katanya yang berasal dari Dungun, Terengganu ketika ditemui di sini.
Harun yang merupakan lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia memang bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik dan kini hasratnya itu menjadi kenyataan.
Guru Pendidikan Islam lepasan Universiti Al Azhar, Mesir, Hafizullah Abdul Jabar, 27, pula mengakui tidak berasa terkejut dan kekok ditugaskan mengajar di Hulu Tembeling kerana sekolah berkenaan mempunyai kemudahan yang setanding dengan sekolah di kawasan bandar.
“Komitmen saya ialah untuk mendidik pelajar mengenai ilmu Islam khususnya menajamkan pengetahuan mereka tentang al-Quran, fardu ain dan pembinaan akhlak sejajar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” katanya.
Hafizullah yang berasal dari Kampung Lebak, Temerloh, berkata, bertugas di pedalaman Pahang sebenarnya memberi peluang menimba pengalaman cukup berharga yang tidak diperoleh oleh rakan-rakannya lain yang berkhidmat di kawasan bandar.
Bagi rakannya, Siti Mashita Mohd. Ali, 25, yang bertugas di SK Gusai pula berkata, dia sedia menyahut cabaran mengajar di kawasan pedalaman dan sekali lagi sedia berjauhan daripada kaum keluarga di Kota Bharu, Kelantan, kerana menganggap kerjaya sebagai seorang pendidik adalah mulia.
“Setelah menerima surat tawaran, saya tidak sabar-sabar untuk mengajar di sini walaupun terpaksa menaiki bot selama lima jam dan mengharungi jeram yang bahaya,” katanya yang merupakan lepasan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sementara itu, Penyelia Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut, Razali Omar, berkata, kumpulan guru berkenaan dihantar menggunakan dua buah bot penambang pada Rabu lalu, iaitu sebaik sahaja sekolah dibuka selepas banjir di Sungai Tembeling pulih.
Sumber berita & gambar : Utusan Online 12/01/2009izmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4999937037492403272.post-88806978563191350092009-01-09T17:07:00.000-08:002009-01-09T17:19:27.154-08:00Merintis laluan Lost WaterfallOleh ROHANA MAN
rencana@kosmo.com.my
Aliran yang jatuh itu hilang entah ke mana. Puas saya mencari ke mana airnya mengalir tetapi tidak ditemui. Mungkin ia mengalir di sungai bawah tanah.
INILAH Lost Waterfall yang airnya 'ditelan bumi' sebaik sahaja mencecah tanah.
EKSPEDISI ini nyata berbeza dengan cabaran lasak pacuan empat roda yang biasa dianjurkan oleh penggerak aktiviti tersebut. Jika pada kebiasaannya, jelajah hutan dengan pacuan empat roda atau 4x4 berakhir di tapak perkhemahan di tepi sungai, lain pula dengan apa yang Middle Earth lakukan.
Menerusi pakej Lost Trail, Middle Earth akan membawa kita berkhemah di tepi sungai dan keesokan harinya, merentas hutan selama tiga hingga empat jam dengan berjalan kaki menuju ke sebuah air terjun yang begitu unik.
Ia dinamakan pakej Lost Trail kerana tidak ramai orang menggunakan laluan tersebut untuk sampai ke air terjun itu.
"Mengikut kajian kami, air terjun yang kami namakan Lost Waterfall ini hanya pernah dijejaki oleh hampir 1,000 orang sahaja sehingga hari ini,'' kata Pengarah Urusan Middle Earth, Marodzuan Abd Ghani kepada Kosmo!
"LATA TELOR terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari tapak perkhemahan."
Jumlah kunjungan yang sedikit itu berpunca daripada ketakutan orang ramai untuk mendekati air terjun tersebut ekoran larangan keras orang dahulu yang hidup pada zaman Jepun.
"Untuk sampai ke air terjun ini, seseorang mesti menempuh laluan di tepi sungai Salan. Pada zaman Jepun, sebuah empangan dibina di sungai itu untuk bekalan air minum mereka. Empangan ini dikawal 24 jam dan sebarang penceroboh akan ditahan dan dikenakan hukuman berat.
"Penduduk kampung yang terlalu takut tidak berani memasuki kawasan sungai ini dan ketakutan itu berlarutan walaupun tentera Jepun telah lama menyerah kalah,'' ujarnya panjang lebar.
SEBAHAGIAN peserta di Lata Lebah.
Ketakutan itu juga menyebabkan air terjun tersebut seolah-olah 'hilang' daripada ingatan penduduk sekitar yang semakin melupakannya.
Menyedari keunikan air terjun itu, Middle Earth melancarkan ekspedisi merintis jalan ke Lost Waterfall pada bulan Ogos lalu.
"Ketika itu, kami menyeberangi lima hingga enam kali sungai Salan dan dengan bantuan penduduk kampung yang pernah sampai ke sana, kami akhirnya menemui Lost Waterfall. Perjalanan ini mengambil masa tiga hingga empat jam dari tapak perkhemahan,'' katanya sambil memberitahu orang kampung mengenali air terjun itu dengan nama Lata Manik.
KAWASAN berlumpur yang diredah sebelum tiba di tapak perkhemahan.
Middle Earth pula lebih selesa dengan gelaran Lost Waterfall kerana air terjun itu benar-benar 'hilang' tatkala mencecah bumi.
Menurut Marodzuan, air terjun tersebut jatuh dari ketinggian kira-kira 70 meter dan sebaik sampai di lantai bumi, airnya hilang entah ke mana. Tiada anak sungai yang wujud bagi membawa air tersebut masuk ke sungai Salan yang terletak kira-kira 200 meter darinya. Lebih unik kerana tempat jatuhnya air terjun itu diliputi batu hampar yang boleh dipijak tanpa masalah.
"Aliran yang jatuh ini hilang entah ke mana. Puas saya mencari ke mana airnya mengalir tetapi tidak ditemui. Mungkin ia mengalir di sungai bawah tanah,'' ujarnya teruja.
Menariknya, Marodzuan juga berkata, ekspedisi tersebut bukan setakat menemui Lost Waterfall, malah sebuah air terjun lain turut dijumpai semula iaitu Lata Lebah.
"Lata Lebah merupakan hulu sungai Salan. Ini kerana terdapat tiga anak sungai yang bersatu mengalir masuk ke sebuah alur yang membentuk sungai Salan,'' katanya.
Menyedari keunikan Lost Waterfall dan mahu berkongsi kehebatan air terjun itu dengan orang ramai, Middle Earth sekali lagi mengadakan ekspedisi khusus untuk media pada minggu lalu. Ekspedisi kali ini diadakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang (MTPNP).
Saya yang turut mengikuti ekspedisi itu benar-benar teruja melihat keunikan air terjun ini. Kami memulakan perjalanan pada pukul 7.50 pagi dari tapak perkhemahan dan selepas menyeberang empat kali sungai Salan yang berarus deras, kami yang ditemani penunjuk arah, Mohd Jailani Mohd Muhaidin, 40, yang lebih mesra dipanggil Abang Ja akhirnya tiba di Lost Waterfall pada pukul 1.30 petang. Ini bermakna kami telah berjalan kaki selama 5 jam 40 minit!
Perjalanan menjadi lambat kerana kami banyak berhenti bagi membolehkan Abang Ja membuat marking baru iaitu mengikat tali merah putih di pokok-pokok sepanjang laluan.
"Dulu (Ogos lalu) dah buat marking tapi kita tak ikut laluan itu kerana air sungai besar. Sebab itulah, kita kena panjat bukit ni,'' kata Abang Ja.
Namun begitu, perjalanan yang panjang pada hari itu berbaloi tatkala mata terpaku melihat keunikan air terjun Lost Waterfall.
"Peliknya, mana pergi air terjun ni,'' tanya saya yang cuba mencari aliran keluar air terjun tersebut.
Namun, pencarian saya hampa kerana ia benar-benar ditelan bumi dan mengalir jauh di bawah tanah untuk sampai ke sungai Salan.
PENGETAHUAN bahasa isyarat seperti ini diperlukan untuk membolehkan 4x4 melalui jambatan balak dengan selamat.
Selepas puas mandi manda di pancuran semula jadi dan menikmati bekalan mihun goreng, kami beransur meninggalkan air terjun ini.
Laluan lereng bukit yang dipenuhi semak diredah semula untuk perjalanan pulang.
Di pertengahan jalan, kami ditimpa hujan sekali gus menjadikan air sungai lebih besar. Justeru, kami membuat 'rantai manusia' untuk menyeberang sungai yang semakin deras airnya.
Selepas berehat kurang lima minit di Lata Selesa, kami akhirnya tiba di tapak perkhemahan pada pukul 6.05 petang.
Di tapak perkhemahan, kami menunggu kepulangan wartawan Bernama yang menghadapi masalah pada lututnya dengan penuh berdebar.
Beliau yang ditemani dua anak jejakanya dan tiga ahli kelab Middle Earth selamat sampai di tapak perkhemahan pada pukul 12.03 tengah malam. Sebelum itu, sekitar pukul 9.30 malam, sebanyak lima ahli kelab Middle Earth yang lain telah masuk semula ke hutan untuk misi mencari dan menyelamat.
Keesokan paginya, kami dibawa pula oleh Marodzuan menikmati keindahan Lata Telor yang terletak kira-kira 10 minit dari tapak perkhemahan.
NAMPAK seperti mencemaskan tetapi kepakaran ahli Middle Earth berjaya menyelamatkan 4x4 ini.
Penerokaan ke air terjun ini tidak kurang hebatnya. Untuk sampai ke sana, kami menempuh satu kawasan yang dinamakan Japanese Garden.
Ia dinamakan begitu kerana pelancong pertama yang Middle Earth bawa ke situ adalah seorang pengembara dari Jepun.
"Uniknya lata ini kerana batu-batan yang terbentuk mempunyai ukiran seperti jubin marmar,'' katanya sambil menuding jari ke arah hamparan batu yang memiliki ciri-ciri itu.
Pada pertemuan itu, Idros menjelaskan sasaran utama pihaknya sekarang ialah mempergiatkan promosi destinasi yang belum dikenali ramai seperti Ulu Salan.
"Lokasi ini mempunyai tarikan tersendiri khusus untuk penggemar aktiviti lasak. Mungkin kebanyakan daripada kita sudah jemu bercuti di destinasi yang telah komersial dan mahu beralih ke lokasi lain yang tidak kurang hebatnya. Inilah yang MTPNP lakukan sekarang iaitu memberi tumpuan kepada usaha mempromosikan tempat-tempat baru di seluruh Pahang,'' ujarnya.
Sumber berita & gambar : Kosmo Onlineizmanhttp://www.blogger.com/profile/07974254139877290058noreply@blogger.com